24 September 2009

Peperiksaan Kelas B Radio Amatur (RAE 2-2009)

Kepada peminat-peminat komunikasi radio amatur, ini lah masanya bertindak utk memiliki lesen kelas B radio amatur (9W2/9W6/9W8)... sila baca notis yg dikeluarkan oleh SKMM di bawah.

Notis Rasmi dari SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia)

TARIKH TAMAT PERMOHONAN : 16 - 10 - 2009

TARIKH PEPRIKSAAN : 16 12-2009

Boleh dapatkan borang permohonan disini

Dah lulus peperiksaan boleh lah terbang lebih tinggi.. hehehe...

73

20 September 2009

SALAM LEBARAN 1430H/2009

Assalamualaikum w.b.t

Sempena Aidilfitri ini, saya 9W2PGN ingin memohon ampun dan maaf pada semua kenalan amatur dan sesiapa yang mengenali saya. Semoga Aidilfitri kali ini membawa sejuta kegembiraan..

Kepada rakan-rakan yang akan ber'mobil' pulang ke kampung/lokalan masing-masing.. semoga berhemah di dalam pemanduan.

73

04 Februari 2009

Eyeball QSO Bangi

Salam slmt mlm rakan2.. Ramai gak rakan2 yg dtg eyeball mlm ni di Restoran Jelira Seafood, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi.. Pak Irham (9w2rxg) selaku tuan rumah menyambut smua rakan yg hadir.. 73.



---- 
Sent using Siamang Gagap Ver 1.10

RAE 2008/2

Tahniah pada semua rakan yang berjaya dalam RAE yang lalu.. pada yg tak berjaya jgn serik dan putus asa.. teruskan mencuba..

pada yg berjaya.. cepat-cepat la lengkapkan dokumen yg diperlukan utk memohon AA dari MCMC.. leas tu boleh trus memancar di jalur panjaaaaaaang... 73..

02 Februari 2009

9M4RBC repeater update.

Salam rakan2.. Utk informasi terkini, repeater 9M4RBC telah melalui proses penyelenggaraan. Terdapat perubahan di lakukan pada setting repeater.



Freq : 147.750 Mhz

Shift : - 0.600

Tone : 88.5



P/s : tone telah diubah dari 103.5 kepada 88.5. Diharap rakan2 maklum dan kemaskini setting anda.



TQ pd Abg Adi 9W2BCT atas info bkenaan pertukaran tone 9M4RBC.

utk maklumat lanjut.. sila rujuk web astra tengah

73. de 9W2PGN





---- 
Sent using Siamang Gagap Ver 1.10

22 Januari 2009

cuti... raya...

ish ish... cuti lama gak kali ni...

isnin dan selasa cuti cny.. esok jumaat dah apply cuti atas alasan ehem2.. heheh.. so ada 5 hari rehat.. ape nak buat tak tau laa..

rasa mcm nak balik ipoh je cuti ni.... boleh jumpa geng2 anje.. hai hai..

21 Januari 2009

Improvements...

Ptg tadi kat opis... tetiba je kene ke taklimat LNP (Laporan Penilaian Tahunan) UKM.. walaupun aku baru je keje tak sampai 4 tahun... dan belum sempat amek exam PTK (yang dah pupus...) kena plak amek tau macam mana penilaian tahun 2009 ni dilakukan... dah la sampai lambat.. sebab dapat info pun lambat gak dari bosss... hai hai.. pastu waktu yang cukup best plak tu utk bertaranum (bedengkur) ... nyaris aku tido masa taklimat tadi..

dari apa yang aku dapat melalui taklimat tadi.. penilaian kali ni (2009) akan dilakukan bermula dari awal tahun... tak sama langsung dgn yang lepas2... so kena merancang dari awal la nampaknya... huhuh...

kali ni kita sendiri yang akan menilai diri.. then baru la penilai akan lihat dan sahkan semua arahan dilaksanakan atau tidak... macam tu cerita.. bermula dari tahun ni.. setiap staf akan melaui 2 fasa iaitu penilaian awal tahun dan pertengahan tahun...

huhuhuh... aku kene berfikir dari skarang.. mende yang nak kene buat sampai ujung tahun ni...

chowwww.... nak pikir jap..hehehe

20 Januari 2009

Eyeball mingguan Bandar Baru Bangi

Assalamualaikum rakan2 ku ... Selamat Tahun Baru Hijrah 1430 & 2009 Masihi...

Sudah sekian lama tak beri input di blog sendiri.. agak QRL kebelakangan ni..
Terima kasih keepada semua rakan2 yang sudi melawat blog ku yg tak seberapa ni.. heheh..

Sekadar info untuk rakan2 sekitar bangi dan sekitarnya khususnya serta semua rakan2 ham amnya... kami di bangi ada sesi eyeball setiap minggu... butiran seperti di bawah...

Hari : Jumaat
Lokasi : Restoran Jelira Seafood, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi
Masa : 10 mlm sampai kedai tutup..
Standby channel : v20 (145.250) , v35 (145.4375)

Sekali lagi saya menjemput semua rakan yg berkesudian.. jengah2 lah kami di sini.. heehehehe..

73.. de 9W2PGN Bangi