22 Januari 2009

cuti... raya...

ish ish... cuti lama gak kali ni...

isnin dan selasa cuti cny.. esok jumaat dah apply cuti atas alasan ehem2.. heheh.. so ada 5 hari rehat.. ape nak buat tak tau laa..

rasa mcm nak balik ipoh je cuti ni.... boleh jumpa geng2 anje.. hai hai..

21 Januari 2009

Improvements...

Ptg tadi kat opis... tetiba je kene ke taklimat LNP (Laporan Penilaian Tahunan) UKM.. walaupun aku baru je keje tak sampai 4 tahun... dan belum sempat amek exam PTK (yang dah pupus...) kena plak amek tau macam mana penilaian tahun 2009 ni dilakukan... dah la sampai lambat.. sebab dapat info pun lambat gak dari bosss... hai hai.. pastu waktu yang cukup best plak tu utk bertaranum (bedengkur) ... nyaris aku tido masa taklimat tadi..

dari apa yang aku dapat melalui taklimat tadi.. penilaian kali ni (2009) akan dilakukan bermula dari awal tahun... tak sama langsung dgn yang lepas2... so kena merancang dari awal la nampaknya... huhuh...

kali ni kita sendiri yang akan menilai diri.. then baru la penilai akan lihat dan sahkan semua arahan dilaksanakan atau tidak... macam tu cerita.. bermula dari tahun ni.. setiap staf akan melaui 2 fasa iaitu penilaian awal tahun dan pertengahan tahun...

huhuhuh... aku kene berfikir dari skarang.. mende yang nak kene buat sampai ujung tahun ni...

chowwww.... nak pikir jap..hehehe

20 Januari 2009

Eyeball mingguan Bandar Baru Bangi

Assalamualaikum rakan2 ku ... Selamat Tahun Baru Hijrah 1430 & 2009 Masihi...

Sudah sekian lama tak beri input di blog sendiri.. agak QRL kebelakangan ni..
Terima kasih keepada semua rakan2 yang sudi melawat blog ku yg tak seberapa ni.. heheh..

Sekadar info untuk rakan2 sekitar bangi dan sekitarnya khususnya serta semua rakan2 ham amnya... kami di bangi ada sesi eyeball setiap minggu... butiran seperti di bawah...

Hari : Jumaat
Lokasi : Restoran Jelira Seafood, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi
Masa : 10 mlm sampai kedai tutup..
Standby channel : v20 (145.250) , v35 (145.4375)

Sekali lagi saya menjemput semua rakan yg berkesudian.. jengah2 lah kami di sini.. heehehehe..

73.. de 9W2PGN Bangi