07 November 2008

Eyeball QSO di Jajahan Victor 33 (R.O.G) - Gombak

Eyeball mingguan R.O.G setiap hari jumaat mlm..

Pertama kali aku menjejakkan kaki ke wilayah V33 Gombak (R.O.G) dan eyeball bersama beberapa stesyen amatur disana.... Diantara yang hadir ialah :

LOKASI : Restoran Tomyam Corner Lot (Sri Gombak)

1. 9W2TAX - Rahim a.k.a wet
2. 9W2NIA - Wan motorola hustler
3. 9M2AZ - Abang Aziz
4. 9W2BHL - Abang Farid
5. SWL - Syam (bakal 9W8YAM)
6. SWL - Izwan (member syam)
dan beberapa stesen lagi yang telah beransur lebih awal...

macam2 yg aku pelajari dari eyeball gombak ni... terutama pasal sistem amatur MOTOROLA.. dari rahim dan wan... di sini juga aku tau pasal "kangkang"... hehehe.. power siot... "kapal terbang pun boleh mendarat" bak kata rahim 9w2tax..

tak ade gambar yg aku rakamkan.. hehehe.. tak bawak DSLR laa.. battery tak charge..

Kat sana juga aku ada kenal sikit pasal sistem GPS garmin yg rahim guna... macam menarik jugak gps ni.. duit duit duit...

73.. de 9w2pgn

06 November 2008

Eyeball di Open House 9W2JIZ ( Abg Is, Puncak Alam)

Salam selamat petang...

Pada 1 November 2008 lalu, aku dapat berjumpa ramai rakan2 dari merata pelusuk Malaysia..hehehe.. rakan2 di udara dan didaratan... mcm tu ceritaa.. pada rakan2 yg nak tengok beberapa foto yg sempat aku rakam.. sila ke fotopages aku... seperti di bawah...


http://9w2pgn.fotopages.com/


Selaman berkenalan rakan2... harap dapat diberi tunjuk ajar pada aku yg masih bertatih ni...wakakaka..

73 de 9W2pgn, Bangi

04 November 2008

My Amateur Radio Gears

1. YAESU FT 60-R handheld transceiver a.k.a HANDY
Photobucket
144 / 430 MHz Dual Band Handheld with Wide Band Reception

The FT-60R’s small size allows you to take it anywhere - hiking, skiing, or while walking around town - and its operating flexibility brings the user many avenues of operating enjoyment. Its incredibly tiny FNB-83 Rechargeable Nickel-Metal Hydride Battery Pack provides up to 5 Watts of transmit power on the 144 MHz and 430 MHz Amateur Bands. Besides 144- and 430-MHz transceive operation, the FT-60R provides receive coverage of the VHF and UHF TV bands, the VHF AM aircraft band, and a wide range of commercial and public safety frequencies! - (www.yaesu.com)

"Handy pertama yg aku gunakan.. banyak ciri-ciri terkini yg terdapat pada model ni.. wide band monitoring.. dari 108.00 Mhz sampai 999.99 Mhz kalau tak salah la.. boleh monitor QSO antara pengguna UHF band seperti pengawal keselamatan etc.."

"Ada fungsi password boleh di set pada handy ni.. so unauthorised person tak dapat nak gunakannya.. aku ada beli antenna lain jenis Diamond SRH771 yg agak panjang untuk guna dengan handy ni.... "

Anggaran Harga : RM 680.00


2. YAESU FT 8800-R Mobile Transceiver a.k.a RIG

Photobucket
144/430 MHz Dual Band FM Mobile Transceiver

If you're ready for the best in a Dual-Band FM Mobile Transceiver, the FT-8800R is ready for you! With easy operation, outstanding receiver performance, and crossband repeat capability, the FT-8800R is the new standard of comparison!! - (www.yaesu.com)


"Rig pertama yg aku miliki setelah berusaha makan mee segera selama 2 bulan.. hahaha... aku sangat puas hati dengan ciri-ciri yg dimilikinya.. ada fungsi crossband yg membolehkan handy UHF dan VHF berkomunikasi.. selain tu boleh jadi mobile repeater bila berkonvoi.. ni yg aku suka .. "

"Display panel adalah jenis detachable... so boleh simpan rig bawah seat atau dalam boot jelopy anda... tapi kena buat atau beli kabel pengasingan yg agak panjang.. kekurangan yg terdapat pada rig ni, cuma bila malam atau dlm gelap, susah sikit nak tahu kedudukan button pada panel.. sebab takda backlite buttons.. menggagau jugak la..hehehe"

Anggaran Harga : RM 1200.00

Hobi atau Keperluan?

Pengenalan Radio Amatur

Radio Amatur adalah merupakan salah satu daripada alat yang digunakan bagi tujuan komunikasi dengan menggunakan peralatan radio. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amat meluas kerana ianya digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan atau keseluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu pada frekuensi yang tertentu.

Sebagaimana yang diketahui umum bahawa komunikasi menggunakan radio amatur hanyalah sekadar bercakap sahaja, tetapi dengan perkembangan teknologi komunikasi yang begitu pantas, sistem perhubungan yang dahulunya menggunakan sistem anolog kini telah bertukar kepada sistem digital yang mana ianya membenarkan kita bukan hanya dapat bercakap sahaja malahan dapat melihat seperti sebuah tv yang boleh dipancarkan hampir ke sebahagian besar dunia. Sebahagian daripada pengguna radio amatur memancarkan isyarat mereka melalui satelit yang berada pada orbit ataupun menggunakan bulan sebagai pemantul isyarat bagi mendapatkan jarak pancaran yang lebih jauh dan luas semasa berkomunikasi. Terdapat juga sebahagian yang berkomunikasi menggunakan isyarat "morse".

Pengendali Radio Amatur adalah merupakan sebahagian dari penduduk dunia yang mempunyai isyarat penggillan (callsign) sendiri yang mana ia merupakan pasport untuk ke seluruh dunia melalui gelombang udara (Airwaves). Sempadan negara, ideologi politik, warna kulit, pangkat atau kedudukan seseorang adalah sama sekali tiada di dalam dunia Radio Amatur walaupun masih terdapat sebahagian kecil lagi negara di dalam dunia yang masih tidak membenarkan penggunaannya sebagai sebahagian dari aktiviti sampingan.

Keseronokan di dalam menggunakan perhubungan Radio Amatur oleh pengendali-pengendalinya ke negara lain menyebabkan sebahagian darinya menghasilkan ikatan persahabatan yang berkekalan . Dengan berkomunikasi melalui radio kita akan dapat mengenali budaya dan adat resam sesuatu penduduk yang mungkin sukar dicapai dengan perhubungan yang sedia ada disebabkan kurangnya infrastruktur dan tempat yang jauh dipendalaman.
Dari itu dapatlah kita simpulkan bahawa Radio Amatur adalah merupakan suatu hobi yang amat baik dan menarik bagi tujuan pendidikan dan perhubungan jarak jauh yang murah lagi efisien.

Di samping berkomunikasi kita dapat juga membantu agensi agensi kecemasan dalam memberikan khidmat komunikasi semasa bencana dan juga semasa aktiviti yang berbentuk sosial.



Apakah syarat-syarat untuk menjadi pengendali radio amatur?

Radio Amatur adalah untuk semua orang tanpa mengira jantina, umur (14 tahun ke atas), pangkat, agama, bangsa atau keupayaan. Sebagai seorang pengendali Radio Amatur, mereka akan dapat merasakan pengalaman yang menyeronokkan dengan suatu sentuhan yang agung bagi kepuasan diri mereka. Di Malaysia sesiapa sahaja boleh menjadi ahli dan berhubung ke seluruh dunia. Di dalam Radio Amatur, ianya akan menyediakan suatu pengalaman yang amat baik di mana ianya menjerumuskan diri kita ke dalam bidang elektronik di mana kini semakin ramai orang menyertai bidang ini.

Disamping itu, seseorang pengendali radio amatur yang sah perlu memiliki lesen kelas A atau B yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Seseorang pengendali yang inigin memiliki lesen yang disebutkan tadi, perlu menduduki ujian bertulis (kelas B) manakala ujian morse (kelas A). Pengendali radio amatur yang lulus ujian bertulis akan memiliki lesen kelas B (9W) manakala ujian morse akan memiliki lesen kelas A (9M).


Peralatan yang diperlukan untuk seorang pengendali radio amatur.

Peralatan paling asas yang diperlukan ialah “FM Handheld Transceiver” atau “walkie-talkie”. Terdapat juga peralatan yang boleh dibawa ketika di dalam kereta iaitu “Mobile FM Transceiver ”. Selain peralatan diatas, unit bekalan kuasa dan antena yang bersesuaian adalah perlu untuk membolehkan sistem radio amatur berfungsi.
Terdapat beberapa jenama yang boleh didapati di pasaran seperti Motorola, Kenwood, Yaesu, Icom dan lain-lain.


Penubuhan kelab di sekolah atau institusi pendidikan

Tujuan dalam penubuhan kelab radio amatur adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar kepada sistem komunikasi yang paling awal di dunia dan efisyen. Selain itu, pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan dalam radio amatur untuk membantu dan melibatkan diri dalam senario yang genting dan bencana dari aspek komunikasi.